Dalam sebuah jemaah, melenting dan beremosi itu biasa. Tetapi ia jadi luar biasa apabila emosi itu disalurkan kepada media yang boleh membuka pula pelbagai penafsiran. Macam tiada sms, telefon bimbit, twitter, facebook, atau emel untuk berbincang kalaupun tidak suka masuk mesyuarat dan meluat untuk bersemuka (lihat sini).
Jika gagal untuk berbincang dan bermesyuarat seperti manusia terpelajar maka duka cita dirujuk perlembagaan Fasal 7:
Hukum, Kekuasaan dan ‘Majlis Syura Ulama’ pada bahagian 4 kurungan (d) kita akan dapati mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun; dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekiranya perlu).
Buat apa ada di situ, kalau tidak boleh bersidang dan ‘bersyura’ serta lebih suka bergeger di luar pintu rumah.
Selama ini Allah telah menutup cacat cela dan kekurangan sebuah harakah Islam. Bukan tidak ada perbincangan mengenai ‘musuh dalam selimut’ atau ‘boneka tertentu’ tetapi tersorok dan tidak diketahui orang.
Mungkin kerana waktu itu mereka ikhlas. Politik itu sekadar saluran dakwah.
Sekarang ikhlas agaknya sudah kurang. Politik jadi alat untuk berkuasa. Dan al-Quran boleh dicucuk di hujung tombak kalau perlu.
Maka segala kurap dan panau pun mulai terbuka.
Masa genting untuk bermuhasabah. Jika sudah bersemuka pun malas, bermuhasabah pun tiada; masa untuk umat Islam memilih alternatif lain, jemaah lain, harakah Islam yang lain.
Siapa kata jemaah ini bahtera yang selamat (lihat sini)? Bahtera sedang karam adalah!
Bahtera yang selamat ialah yang dinukil pada hadis ini:
مثل أهل بيتي مثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق
“Perumpamaan Ahlul baitku seperti bahtera Nuh, barangsiapa yang menaikinya ia akan selamat, dan barangsiapa yang tertinggal ia akan tenggelam.” Al-Hakim dalam kitabnya Al-Mustadrak menyatakan bahwa hadis ini sahih berdasarkan persyaratan Muslim.
Mustadrak Al-Hakim, jilid 2, halaman 343, jilid 3, halaman 151. Hadis ini mutawatir, dan tampil dengan pelbagai versi di dalam bermacam kitab klasik sunni.
kredit : faisal tehrani
ulasan suarajagat : saya sekadar meletakkan sahaja posting di sini dan amat berminat mendapatkan komen dari pembaca ttg isu yang hangat ini
No comments:
Post a Comment