Sudah lama saya tidak menulis sesuatu yang datang deeply dari hati. Kerana itu saya create sitaklukjagat (STJ) sebagai suatu wadah yang agak berbeza dengan suarajagat.wordpress.
Perjalanan 5 tahun kebelakangan ini mencabar jiwa & mentaliti saya. Mungkin inilah cabaran hidup yang terhampar untuk diri benar-benar berada di makam seorang hamba. Getir, perit dan luka adalah hal yang perlu kita tempuh.
Memang tak kurang yang akan mencemuh melihat kesusahan orang lain namun alangkah malangnya juga kalau kita tidak pernah merasai kesusahan. Kerana itu, ramai orang yang gagal menghadapi kesenangan kerana kesenangan dan kemewahan seringkali melalaikan.
Yang pastinya, perjalanan ini mesti diteruskan. Tegarlah wahai hati, agar kita dapat terus berdiri.
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment