Sunday, June 28, 2009

Sesi Minum Umat NII KW18 (wilayah malaya)


jam 11.00 malam, saya duduk bersama beberapa orang kawan. Sahabat-sahabat lama yang telah lama tidak bersua muka..
Meja di sebelah saya di susun panjang. Terdapat beberapa wanita bertudung dan 2 orang lelaki. Seorang membawa labtop, manakala beberapa yang lain memegang kitab al-Quran dan Terjemahan yang ditutupi agar tidak begitu kelihatan.


Sambil rancak berbual dengan kawan-kawan, saya sempat menangkap perbualan umat NII di meja bersebelahan. 2 orang dari mereka sebenarnya telah saya ketahui sebagai antara orang kuat salah sebuah region di Malaysia. Ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Kaslan Warga NII (KAWAN) kepada saya.

Terdengar juga saya perbincangan mereka tentang permasalahan umat. Nampaknya ada seorang di antara yang hadir di tempat ini telah goyang kepercayaannya terhadap ajaran sesat ini.

Beliau mempersoalkan hal tentang ayat-ayat al-Quran yang ditafsir sesuka hati oleh pimpinan mereka.
Salah seorang wanita yang mereka panggil Mas tiba-tiba naik berang dan dengan marahnya berkata "Takkanlah kami yang sama macam nabi ni bercakap dengan kamu pun kamu tak percaya?"

Saya tersentak mendengar statement wanita itu.

Ahhh...tidak tahukah mereka, sayalah SJ (SUARAJAGAT) yang duduk di sebelah mereka?

2 comments:

  1. MasyaAllah..adakah kita kini masih berada disebuah negara Islam atau negara Kapal Selam ?

    ReplyDelete
  2. saya harap ramai yang dpt bantu usaha dakwah saya.
    sebarkan blog ini.

    ReplyDelete