Friday, June 26, 2009
UMNO Sosialis?
Saya tidak pernah menjadi ahli kepada mana-mana parti politik. Meskipun begitu, ruang politik tetap saya baca. Melihat telatah dan gelagat ahli politik adakalanya membuatkan kita ketawa dan adakalanya kita merasa mual juga.
Akhbar hari ini tersiar artikel yang tercatat kisah Tuan Guru Nik Aziz menyatakan UMNO sebagai sebuah parti sosialis. Saya sebetulnya agak dengan statement ini. Saya tidak pernah anti pada PAS apatah lagi Tuan Guru Nik Aziz. Malah saya turut membeli dan membaca buku-buku yang ditulis oleh beliau. Bagaimanapun, jika benarlah beliau menyatakan UMNO sebuah parti sosialis, saya fikir apa yang dikatakannya itu amat tidak tepat.
Secara peribadi, saya melihat UMNO sebagai sebuah parti nasionalis, bukannya sosialis. Ya, UMNO memperjuangkan bangsa Melayu..ia adalah satu perjuangan nasionalis.
Yang mana sebenarnya sosialis? Jika diteliti, pastinya kedua-dua parti yang tidur sebantal dengan PAS-lah pendukung sosialis sebenar. Malahan, ada ramai pihak yang menyatakan mereka ini pendukung liberalisme.
Benarkah begitu?
Saya menanti ulasan dari para pembaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebenarnya saya tak tau la apa itu sosialis n apa itu nasionalis.....tak paham...tak paham
ReplyDeletesosialis tu merujuk kepada komunis..atau kesamarataan semua kaum seperti yang diamalkan di korea dan negara2 komunis.Nasionalis pula merujuk kepada semangat kebangsaan.
ReplyDeleteSaya harap UMNO tidak sahaja memperjuangkan hak Melayu tapi hak sebagai sebuah negara Islam dan Pemimpin2nya dapat menunjukkan contoh dengan hidup cara ISLAM yg sepatutnya iaitu memimpin berlandaskan Al-Quran dan Sunnah
ReplyDeleteharapan saya juga begitu zai.
ReplyDelete